BISMILLAHKUFIC.gif (1873 bytes)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

 

Laman Utama

 

Assalamualaikum wr.wb. dan Salam Sejahtera.

Taska dan Tadika UMMI mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kunjungan anda ke Laman Web Taska & Tadika UMMI. Di laman web ini anda dijemput untuk meluncur ke semua laman yang direkabentuk khusus untuk memberikan informasi yang berguna untuk anda di Taska dan Tadika UMMI.

Sebagai sebuah institusi pembangunan kanak-kanak, Taska dan Tadika UMMI komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda dan anak-anak anda. Falsafah perkhidmatan kami juga berteraskan Win-Win iaitu perkhidmatan yang berteraskan untuk mengujudkan manfaat bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda dan kami.

 

 

Objektif

 

 

Penubuhan Taska dan Tadika UMMI adalah dengan objektif:

Memberikan pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual dan kreativiti dengan menggabungkan pendekatan moden dan islamik.
Membantu ibubapa dalam menyempurnakan tanggungjawab memberi pendidikan Adab, Disiplin dan Syaksiyah Muslim pada peringkat bayi, awal kanak-kanak dan pra-sekolah dengan mengambilkira perkembangan psikologi mereka.
Berkongsi maklumat dan pengalaman dengan anak-anak dan ibubapa dalam usaha melahirkan Generasi Pintar Solleh serta menyediakan mereka dengan senario masa depan yang mencabar dan iklim persekolahan yang bakal mereka tempohi.

 

 

 

 

Perkhidmatan

Taska|PlayGroup|Tadika|Iqra'|AlatBantu|Konferen

 

Di Taska dan Tadika UMMI terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan, seperti berikut:

Perkhidmatan Pengasuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Perkhidmatan ini adalah pengjagaan anak-anak yang berumur dari 6 bulan sehingga 2 ½ (30 bulan) dimana pada tahap ini anak-anak akan di asuh dan di mantau dengan penuh belaian kasih sayang.

Perkhidmatan Kumpulan Bermain (Play Group)

Bagi tahap awal kanak-kanak (toddler) yang berumur 2  ½ hingga 4 tahun, mereka didedahkan dengan `Experiantial Learning' melalui kaedah permainan dan explorasi, kumpulan bermain ini akan diberikan input-input yang terancang agar pembelanjaran mereka akan menyeronokkan (learning by fun).

Perkhidmatan Pendidikan Pra-sekolah (TADIKA)

Bagi kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, dimana mereka diperkenalkan pendidikan secara semi formal dan formal. Pendidikan pra sekolah ini berasaskan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penggabungan nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan kepada mereka.

Ketiga-tiga perkhidmatan di atas merupakan aktiviti utama (core business), disamping itu di sini juga ditawarkan perkhidmatan:

Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (Iqra')

Perkhidmatan ini diberikan kepada anak-anak berumur seawal 4 tahun sehingga 12 tahun, Pengajian Al-Quran menggunakan kaedah Iqra' hanya ditawarkan pada sesi petang dan malam sahaja.

Mengedar Alat Bantu Mengajar (Learning Aid)

Taska & Tadika UMMI juga menjalankan aktiviti penerbitan dan pengedaran bahan-bahan alat bantu mengajar untuk taska dan tadika, disamping itu bahan-bahan pendidikan, seperti buku dan mainan juga ada di jual.

Menganjur Seminar Keibubapaan dan Perkembangan Kanak-kanak

Kemahiran Keibubapaan kini tidak lagi wajar dilihat dalam perspektif konvensional, ianya perlu dilihat dalam paradigma baru sebagai satu subjek kemasyarakatan yang perlu dikuasai oleh setiap yang bernama ibubapa. Justeru itu, perkhidmatan penganjuran konferen, seminar dan perkhemahan keibubapaan juga dianjurkan oleh Taska & Tadika UMMI.

 

 

Pentadbiran

WaktuPerkhidmatan|Pakej|TahunAkedemik|KelayakanUmur|Cuti|Pakaian
Permakanan|Kesihatan&Keselamatan|Yuran|PegawaiPerubatan| KeteranganLanjut

 

Di laman ini, anda akan didedahkan dengan maklumat pentadbiran di Taska & Tadika UMMI. Untuk memudahkan para pengunjung, sila `klik' pecahan-pecahan tajuk dalam ruangan ini di bawah kepala tajuk di atas untuk terus ke bahagian yang di perlukan.

Jadual Hari Perkhidmatan

Secara umumnya perkhidmatan pengasuhan anak-anak, playgroup dan pra-sekolah mengikut hari dan masa adalah seperti berikut:

Hari Mula Tutup
Isnin ~ Jumaat 7.00 pagi 6.00 ptg
Sabtu 7.00 pagi 2.00 ptg

Bagi Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, perkhidmatan mengikut hari adalah seperti berikut:

Hari Sesi I Sesi II
Isnin ~ Khamis 3.00 ptg ~ 5.00 ptg 8.00 ~ 9.20mlm
Jumaat 3.00 ptg ~ 5.00 ptg -nil-

 

Jadual Pakej  Perkhidmatan

Pakej perkhidmatan taska, playgroup dan taska  di Taska & Tadika UMMI bergantung kepada keperluan pelanggan. Justeru itu perkhidmatan yang ditawarkan mengikut sesi-sesi yang direkabentuk khusus mengikut keperluan pelanggan seperti berikut:

Taska

Isnin hingga Sabtu*

Sesi

Mula

Tamat

Sepenuh Hari 7.00 pagi 5.30 ptg
Separuh Hari (1) 7.00 pagi 2.00 ptg
Separuh Hari (2) 11.00 pagi 6.00 ptg
* Perkhidmatan pada hari Sabtu hanya sehingga 2.00 ptg

.

Playgroup

Isnin hingga Jumaat

Sesi

Mula

Tamat

Sepenuh Hari 7.00 pagi 5.30 ptg
Sesi Pagi 9.00 pagi 12.00 ptg
Sesi Petang 2.00 ptg 5.00 ptg

.

Pra-sekolah (Tadika)

Isnin hingga Jumaat

Sesi

Mula

Tamat

Sesi Pagi 8.30 pagi 11.30 ptg
Sesi Petang 1.30 ptg 4.30 ptg

 

Tahun Akademik

Bagi Tadika (pra-sekolah), sesi akademik dibahagikan kepada 2 semester, dimana Semester Satu (1) bermula dari 1 Januari 1999 hingga 31 Mei 1999, manakala Semester Dua (2) bermula 15 Jun 1999 hingga 20 November 1999.

Setiap semester para pelajar akan diuji tahap pencapaian dengan menyediakan `peperiksaan semester' (guidance semester test). Laporan pencapaian akan diserahkan kepada ibubapa untuk disemak. Di akhir semester kedua para pelajar juga akan diberikan `testemoni' yang akan digunakan oleh pihak sekolah terhadap skim pendidikan dan pencapaian anak-anak semasa di tadika.

 

Kelayakan Umur

Kelayakan umur bagi memasuki mana-mana program pendidikan di Taska & Tadika UMMI adalah seperti berikut:

Program Umur
Taska (Pengasuhan Anak-anak) 6 bulan ~ 6 tahun
Playgroup 2 tahun ~ 4 tahun
Tadika (pra-sekolah) Junior 4 tahun ~ 5 tahun
Tadika (pra-sekolah) Senior 5 tahun ~ 6 tahun
Pengajian Al-Quran 4 tahun ~ 12 tahun

 

Cuti

Skim cuti di Taska dan Tadika UMMI adalah mengikut program-program yang diikuti. Seperti berikut:

Program Umur
Taska Setiap Ahad & Hari Kelepasan Am
Playgroup Setiap Sabtu, Ahad & Kelepasan Am
Tadika Junior Setiap Sabtu,Ahad, Kelepasan Am & Cuti Semester
Tadika Senior Setiap Sabtu,Ahad, Kelepasan Am & Cuti Semester
Pengajian Al-Quran Setiap Jumaat, Sabtu, Ahad & Kelepasan Am

 

Pakaian

Pemakaian Pakaian semasa mengikuti program Taska, Playgroup dan Pengajian Al-Quran adalah dibebaskan kepada anak-anak tetapi tertakluk kepada etika pakaian seperti berikut:

bersesuaian (spt. menutup aurat ketika Pengajian Al-Quran & Tadika)
kemas
selesa

Bagi program tadika (pra-sekolah) para pelajar akan diberikan pakaian seragam semasa pendaftaran. Para pelajar dikehendaki memakai pakaian tersebut setiap hari Isnin dan Jumaat sahaja. Pada hari Selasa Rabu & Khamis, para pelajar dibebaskan untuk memilih pakaian sendiri, tetapi hendaklah mematuhi etika pakaian yang ditetapkan.

 

Permakanan

Permakanan di Taska & Tadika UMMI amat menitik beratkan aspek kualiti, keseimbangan dan kebersihan. Bagi program Taska, ibubapa perlu untuk menyediakan makanan (susu atau makanan separa ruji) yang berkualiti dan secukupnya, pihak taska akan sentiasa berbincang perkembangan anak-anak khususnya impikasi permakanan. Secara umumnya jenis permakanan yang disediakan bergantung kepada tahap perkembangan anak-anak.

Di Taska & Tadika UMMI, anak-anak diajar supaya mengamalkan adab yang baik ketika makan seperti bacaan doa, kedudukan badan, amalan makan bersama, menghargai makanan dan bencikan pembaziran. Mereka juga dilatih supaya memakan makanan seimbang, sukakan buah-buahan dan sayur-sayuran dan menanamkan tabiat supaya menolak `junk food'.

Bagi program tadika, pihak tadika hanya menyediakan minuman dan makanan ringan kepada para pelajar. Bagi sesi pagi Waktu Kudapan & Rehat adalah pada pukul 10 pagi manakala bagi sesi petang pada pukul 3.00 petang.

Adalah dikehendaki ibubapa dan penjaga menghantar anak-anak ke program tadika menghantar anak-anak selepas bersarapan pagi bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan telah makan tengahari pagi pelajar-pelajar sesi petang.

 

Kesihatan & Keselamatan

Pihak Taska & Tadika amat menitik beratkan aspek kesihatan dan keselamatan anak-anak. Ibubapa dan penjaga dikehendaki:

Memastikan anak atau jagaan dalam keadaan sihat, jika anak-anak menghidapi masalah kesihatan dan alahan, hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan tadika bagi langkah-langkah pencegahan dan pengawalan boleh diambil.
Sekiranya anak-anak terkena penyakit berjangkit, ibubapa dilarang untuk menghantar anak-anak ke tadika sehingga ia sihat.
Bagi tujuan-tujuan keselamatan dan ketenteraman tadika, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk membawa permainan sendiri dari rumah. Pelajar juga dilarang sama sekali membawa alatan-alatan yang merbahaya seperti, pisau grafik, kompas, benda-benda tajam dan berasid yang boleh memudaratkan pelajar-pelajar lain.
Pihak tadika juga melarang pelajar memakai barangan kemas dan membawa barang-barang berharga ke tadika. Pihak tidak bertanggungjawab seandainya mana-mana barang-barang kemas dan berharga yang dibawa ke hilang atau mengalami kerosakan.

 

 

Perubatan

Pihak Taska & Tadika komited dalam memastikan tahap kesihatan dan keselamatan anak-anak yang mengikuti program di sini berada pada tahap yang memuaskan dan terjamin. Pihak kami berkerjasama dengan dua klinik perubatan untuk memberikan keutamaan perkhidmatan kepada pihak kami, klinik-klinik tersebut adalah:

Dr. Amarjit Kaur, Klinik Amarjit Kaur, 32A Laluan Tasek Timur 1, Taman Tasek Indra, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Dr. Muhammad Anis Ahmad, Klinik Keluarga, 212A Jln. Stadium, Fair Park, 30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan.

 

Disamping itu Taska & Tadika UMMI sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat dari Kementerian Kesihatan untuk mengadakan program lawatan kesihatan & pergigian ke Taska dan Tadika UMMI untuk memberikan perkhidmatan kepada anak-anak.

 

Yuran

Yuran atau bayaran perkhidmatan bagi program-program di Taska & Tadika UMMI adalah kompetitif. Sila berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan keterangan lanjut:

Taska & Tadika UMMI
# 5 Laluan Tasek Timur 12
Taman Seri Dermawan
31400 Ipoh Perak DR
Tel: 605 545 7697
Email : taska.ummi@iname.com

 

 

 

Sumber Manusia

LembagaPengarah|Pengetua|GuruTadika|Koordinator|Pengasuh|PembantuAm

 

 

Di Taska & Tadika UMMI, peranan sumber manusia merupakan elemen yang terpenting dan dititikberatkan. Berikut adalah Struktur Organisasi Taska & Tadika UMMI:

 

Lembaga Pengarah

Dr. Shamsul Anwar Sulaiman
En. Husnizaim Yahaya
Pn. Wan Noor Zaleha Wan Hassan
Pn. Rosmawati Yahaya
Pn. Wan Noormawati Hj. W.Hassan

 

Pengetua & Pengurus

Pn. Wan Noormawati W. Hassan

 

Guru Tadika

Cik Suhana
Cik Maisarah

Koodinator Play Group

Pn. Wan Noormawati Hj. Wan Hassan
Cik Maisarah

Pengasuh

Pn. Syarifah Farah
Pn. Zaleha

 

Pembantu Luar

Khairuddin

 

 

 

Silibus

 

Di Taska & Tadika UMMI, pengajaran yang dibuat berdasarkan peruntukan dan peraturan yang disediakan oleh pihak Kerajaan. Justeru itu silibus pengajian adalah seperti berikut:

Pendidikan Pra-sekolah atau Tadika

Menggunakan Silibus berasaskan Silibus yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala bahan pengajaran atau material yang digunakan adalah dari Bahan Pengajaran Tadikal Amal yang di keluarkan oleh Pertubukan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Bagi Tadika Junior (5 tahun) Silibus yang digunakan adalah sama, tetapi berbeza dari Bahan Pengajaran yang menggunakan Bahan Pengajaran Tadika ABIM.

Bagi memantapkan lagi pengajaran di Tadika UMMI, bahan-bahan bantu mengajar lain digunakan seperti berikut:

Glenn Doman Early Reading Technic
Bacalah Anakku, Sri Aman Publishing
Creative Learning Aids.

 

Play Group

Pendekatan yang digunakan dalam menjayakan program Playgroup adalah menggunakan silibus dan pendekatan yang dikeluarkan oleh Creative Learning Process dari Creative Learning Centre, Colorado USA. Pendekatan kreatif ini lebih merangsang perkembangan penerokaan anak-anak terhadap apa jua yang di laluinya. Mereka lebih belajar melalui pengalaman mereka dan peranan koodinator adalah memberi nilai dan piawai dalam pengalaman mereka.

 

 

 

Aktiviti

AktivitiTadika|AktivitiPlaygroup|Aktiviti Taska

 

Di Tadika & Taska UMMI, aktiviti yang dijalankan mengikut kategori kumpulan masing-masing:

Aktiviti di Tadika (Pra Sekolah Junior & Senior)

Pendidikan Dalam Kelas:

Bahasa Malaysia, Inggeris & Arab
Pendedahan Metametik, Logik, Sains
Imiginasi, Melakar, Mewarna
Mengenal, Menggunting, Memadan & Menampal

Pendidikan Outdoor:

Streching, Balance & confidence
Main Air, Pasir
Teamwork Game
Live Observing & Visit

 

Aktiviti Play Group

Indoor Activities:

Vocablory
Story Telling
Verbal & Non-verbal Impression
Shaping, Taste & Feeling
Paste & Puzzle
Early Reading & Mathmetic

Outdoor Activities:

Streching, Balance & confidence
Sand & Water Play
Early Physical Fitness

 

Aktiviti TASKA

Bagi memperkayakan perkembangan intelektual dan psikologi anak-anak, beberapa pendekatan pengajaran akan dilaksanakan, diantaranya ialah:

Mengenal & Membaca (Kaedah Glenn Doman & Bacalah Anakku)
Melakar, Mewarna, Menggunting, Menampal & Puzzle
Nyanyian, Nasyid, Musik & Hafalan Quran
Penceritaan (story telling) Komunikasi & Impresi
Streching, Imbangan & Pegangan
Main Pasir, Air & Aktiviti `outdoor'
Asas Ibadah: Hukum Suci, Wudu' , Solat , Adab-adab dan Doa